meratap mase untuk dear..

Daisypath Friendship tickers

Sunday, July 8, 2012

ketenangan sebuah tasik..

               mencari-cari aku satu kelibat seorang perempuan di tengah kesibukkan orang ramai itu.. sebuah pasaraya yang dulu nyer aku selalu habiskan hujung minggu ku dengan kelibat itu.. tak sangka selepas setahun aku tidak ke situ, aku terlihat kelibat yang aku cari selama ini.. dengan keasyikkan melihat barangan, aku terlihat sekali imbas wajah itu.. dah aku terpinga-pinga mencari kelibat itu semula..tapi aku gagal... aku terus mencari.. habis satu pasaraya tu aku pusing... tapi tiada lagi.. entah ape nasib aku pada hari itu, aku pon tak tahu..

               aku duduk di sebuah kerusi di hadapan sebuah butik..berdekatan di situ ada sebuah kedai yang menjual barangan perempuan seperti baju, kasut, beg tangan dan lain-lain barangan lagi.. aku duduk termenung melihat kedai itu.. sewaktu dulu aku selalu ke situ untuk mencari sesuatu bersama kelibat yang sedang aku cari dari tadi... sedang aku termenung, aku terlihat kelibat itu.. kelibat yang aku cari..kelibat yang aku rindui.. macam tak percaya dan tak ku sedari kaki aku melangkah menuju kelibat itu.. aku lihat kelibat itu sambil membelik-belik pakaian yang berada di hadapan ku tanpa di sedari kelibat itu.. aku lakukan itu supaya kelibat itu tidak menyedari kehadiran ku...

               tiba-tiba.....aku terlihat sekujur tubuh berbadan tegap, lebih tinggi dari aku, berkulit putih dan berpakain kemas terus menuju ke arah kelibat itu.. tidak sangka.. kelihatan ada kemesraan antara mereka berdua.. dan aku menjadi hampa... mungkin aku salah dan mungkin aku betul dan itu adalah pasangan nyer.. hurmmm tidak ku sangka.. mereka telah beredar... aku mengekori mereka dari belakang... jalan berpimpin tangan membuat kan ku lebih terasa.. ape tidak nyer, begitulah aku sewaktu aku berjalan bersama kelibat itu...

               mereka memasuki kedai yang menjual makanan segera..... mereka duduk di satu penjuru berdekatan dengan kaunter kedai tu.. aku duduk tidak jauh dengan mereka.. tapi tempat yang aku duduk itu tidak mungkin mereka boleh perasan... mula la fikiran ku kacau bilau... lelaki tadi pergi untuk memesan makanan.. aku pon turut serta.. beratur di barisan lelaki itu dan di belakang nyer.. jantung mula berdegup laju.. terasa seperti seorang atlet lumba lari rasenyer.. ingin di sapa  lelaki itu tapi takut tersalah faham.... aku berani kan diri juga... mula menegur lelaki itu... "cantik girlfriend" itu lah yang terkeluar dari mulut ku selepas dia menoleh ke arah ku kerana aku tepuk bahunyer... lelaki tu hanya tersenyum dan melihat kelibat yang duduk membelakangi tempat aku beratur... aku perkenalkan diri dan mula berbual rancak dengan lelaki itu... tapi aku tidak memberitahu name sebenar ku..tiba giliran lelaki itu untuk membuat pesanan... dan aku pergi tanpa membuat ape-ape pesanan...

                aku menuju kaunter tempat membayar tiket tempat letak kereta.. selesai membuat urusan ku, aku beredar dan menuju ke arah tempat aku letakkan kereta ku sebelum aku masuk ke dalam pasaraya itu... tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang mungkin boleh di beri kepada kelibat tu.. lantas aku menuju ke arah kedai itu yang menjual barangan seperti manisan.. aku membeli 100g gummy bear, sepasang teddy bear dan 100g coklate hazel nut coklate kesukaan aku... aku tersenyum sendirian sambil melangkah keluar dari kedai itu.. aku memasuki kereta ku.. plan aku sebenarnya ingin mencari sebuah kereta yang selalu aku naik sewaktu dulu.. aku pusing-pusing di setiap tempat letak kereta tu...dan sangkaan aku betul... dia memang tidak berubah.. memang aras tempat letak kereta itu lah selalu dia letak kereta nya dulu.. aku menuju kereta itu.. sangat merindui untuk duduk di dalam keretaitu.. hampir setahun lebih aku tidak duduk di dalamnye.. aku letak pasangan teddy bear dan gummy bear yang aku beli tadi di hadapan cermin kereta itu.. aku meninggalkan kad perniagaan ku... aku tersenyum lagi.. seperti kerja giler... dan kemudian  aku memasuki kereta ku semula dan mencapai kamera yang akan ku bawa kemana-mana saja.. aku menangkap beberapa keping gambar kereta itu... dan kemudian aku terus memandu kereta ku menuju ke pintu keluar dari tempat letak kereta itu... aku tidak percaya yang aku menjumpai kelibat itu di situ... aku tersenyum gembira tapi aku tidak sedari mata aku sudah berkaca dan hampir menitiskan air mata... aku bawa kereta ku pulang ke johor dan berharap yang si dia atau kelibat tu akan menghubungi ku... aku sangat-sangat berharap yang aku akan berkawan semula dengan dia dan dia tidak berdendam dengan ku dengan ku lagi...

itu sudah cukup untuk memberi ku satu ketenangan dan mententeramkan jiwa.....

0 comments: